Posts

Showing posts from January, 2022

JENIS-JENIS PENILAIAN (UJIAN PENCAPAIAN)

Image
UJIAN PENCAPAIAN      Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujiaan pencapaian boleh dibuat dalam bentuk membuat perbandingan antara murid dalam suatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat sesuatu rujukan sesuatu aras sesuatu topik (rujukan kriteria ) dalam kurikulum.      Kebanyakan ujian penilaian dan penskoran adalah berasakan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek akademik, aptitud, sahsiah, minat dan sikap. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kemahiran, pengetahuan dan kebolehan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam bilik darjah.

JENIS - JENIS PENILAIAN ( UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF)

Image
Ujian Formatif Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas. Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek. Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.

JENIS JENIS PENILAIAN ( UJIAN RUJUKAN KRITERIA)

Image
  UJIAN RUJUKAN KRITERIA      Ujian rujukan kriteria adalah ujian untuk membandingkan pencapaian pelajar   dengan   kriteria  yang   telah   ditetapkan.   Ianya   tidak   melibatkanperbandingan antara calon. Ianya digunakan untuk menentukan pencapaian individu mengikut piawaian atau kriteria tertentu yang telah ditetapkan dalam sesuatu bidang dan kemahiran pembelajaran. Ujian   ini   dijalankan  selepas  sesuatu   kemahiran   telah   diajar   dan keputusannya digunakan untuk membandingkan kriteria yang telah ditetapkan sebelumnya.   

JENIS JENIS PENILAIAN (PERBEZAAN)

Image
 

JENIS JENIS PENILAIAN (UJIAN RUJUKAN NORMA)

 UJIAN RUJUKAN NORMA💪 🌹 Ujian rujukan norma bertujuan untuk membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar- pelajar yang lain. 🌹Membandingkan prestasi suatu kumpulan dengan kumpulan-kumpulan yang lain dengan menggunakan keputusan-keputusan ujian yang sama.  🌹Ujian rujukan norma yang baik dapat mendikriminasikan pelajar. Ia seharusnya boleh membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua pandai dan pelajar dan seterusnya. 🌹Ujian jenis ini mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan yang sederhana kesukarannya mempunyai kuasa dikriminasi yang lebih tinggi. 🌹Di peringkat sekolah, ujian rujukan norma biasanya dijalankan dalam peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.  🌹Markah-markah bagi matapelajaran yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di dalam kelas akan digunakan sebagai kriteria asas dalam membandingkan prestasi mereka di dalam kelas atau antara kelas lain.  ðŸŒ¹Ujian rujukan norma dalam peperiksaan awam pula

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Image
 Pembinaan JSU Bagaimanakah cara anda membina JSU? Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan untuk membina JSU: Menulis Item Ujian Prinsip umum: Arahan ringkas dan mudah difahami.  Bahasa mudah, ringkas, tetapi jelas untuk menerangkan maklumat yang dikehendaki dalam item.  Item memerlukan jawapan berbentuk pengetahuan/kemahiran spesifik berkaitan tajuk spesifik, bukan pengetahuan/kepintaran umum.   Item yang memerlukan jawapan kontra, arahan perlu jelas. Menyemak Item Ujian   Untuk memastikan prinsip umum menulis item dipatuhi.  Memastikan bilangan item cukup dan seimbang dari segi kandungan dan objektif.  Item tidak mengandungi petunjuk jawapan. Menilai Item Ujian  Penilaian oleh pakar mata pelajaran. Aspek yang dinilai:  Arahan menjawab dan bahasa adalah mudah  Kehendak item adalah jelas dan mengandungi maklumat yang diperlukan  Item dibina mencukupi dan seimbang  Jawapan yang diberi mengikut kehendak item dan dalam masa yang diperuntukkan  Melaksanakan Kajian Rintis    Kajian

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

 Kenali KBAT... Definisi: "Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu." -  Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013)     Ciri-ciri Item KBAT Stimulus Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar rajah, graf) untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis Pelbagai tahap / aras pemikiran  Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberi impak yang lebih besar Konteks yang baharu  Konteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada murid. Bertujuan merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan semula apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah  Situasi sebenar dalam kehidupan harian Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin  Item tidak berulang Item pelbagai / berbeza setiap tah

Analisis Item Ujian

Image
 Tujuan  Memberi maklumat kepada pendidik tentang respon pelajar kepada setiap item  Menyediakan informasi tentang bagaimana setiap item/soalan berfungsi  Mengdiskriminasikan pelajar dari kumpulan tinggi dengan kumpulan rendah Tiga Jenis Analisis Item  Indeks Kesukaran (IK) Konsep: item sukar-pelajar susah jawab, item senang-pelajar senang jawab.  Nilai IK yang tinggi menunjukkan item senang, manakala IK yang rendah menunjukkan item sukar.  Nilai IK perlu berada antara 0.30 hingga 0.7 (Kaplan & Saccuzzo, 2001). Formula:   Indeks Diskriminasi (ID)  Dapat membezakan pelajar berpencapaian rendah daripada pelajar berpencapaian tinggi.  Nilai yang rendah menunjukkan item tidak mendiskriminasi pelajar dan sebaliknya. Formula:  

Kebolehpercayaan Penilaian

Image
Apakah Kebolehpercayaan?  Ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh sesuatu alat ukur (Hanna & Dettmer 2004).   Ketekalan sesuatu ujian adalah mengukur perkara yang sama (Payne & Mcmorris 1967; Tuckman 1978).  Ketekalan sesuatu ujian adalah hampir sama apabila sesuatu ukuran yang boleh dipercayai digunakan untuk mengukur tingkah laku yang sama pada masa berlainan (Nunnally 1978). Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan Panjang Ujian  Semakin panjang ujian, maka semakin tinggi kebolehpercayaan  Mengurangkan pengaruh factor tekaan   Skema Permarkahan  Ada jalan kerja jawapan/contoh jawapan.  Mengikut objektif yang ditetapkan  Menilai jawapan setiap calon bagi item yang sama   Moderasi bersama pemeriksa lain     

Kesahan dan Kebolehpercayaan Penilaian

Image
 Apa itu Kesahan? Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur Terdapat 4 jenis kesahan: Kesahan Muka   Boleh dilaksanakan semasa kajian rintis- meminta sampel melihat semua aspek tersebut.  Disemak oleh sesiapa sahaja, tetapi lebih baik pakar bidang dan pakar Bahasa  Contoh: Bahasa, ejaaan, kejelasan, format ujian, font tulisan  Kesahan Kandungan  Merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian merangkumi kandungan yang hendak dinilai  MESTI dinilai oleh pakar  Membina JSU Kesahan Konstruk  Merujuk kepada sejauh mana sesuatu markat ujian mengukur atau mengambil kira konstruk tertentu Diperoleh berdasarkan kaedah saintifik dengan menggunakan pelbagai prosedur statistik. Kesahan Kriteria  Merujuk kepada takat dimana skor seseorang individu di atas sesuatu ujian membenarkan kita membuat inferen prestasi pelajar di atas pembolehubah kriteria Teknik korelasi biasanya digunakan untuk tujuan menentukan kesahan kriteria

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH (PBD)

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH (PBD) 1. Merancang PdP dan Kaedah Pentaksiran Dalam merancang PdP dan kaedah pentaksiran, guru perlu: Meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam DSKP. Menentukan objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dan yang hendak ditaksir oleh guru. Objektif pembelajaran hendaklah selari dengan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang telah dikenal pasti. Mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai.  i. Kaedah pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan penulisan boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan. Pentaksiran ini dijalankan secara berterusan untuk mendapatkan maklumat pentaksiran yang lebih jelas dan tepat berkaitan dengan keupayaan, perkembangan dan kemajuan murid.  ii. Penentuan kaedah pentaksiran ini bergantung kepada objektif pembelajaran yang hendak ditaksir dan bersesuaian dengan keupayaan murid.  iii. Instrumen pentaksiran yang digunakan bergantung kepada aktiviti PdP yang dirancang dan kaed

PERTIMBANGAN PROFESIONAL

Image
PERTIMBANGAN PROFESIONAL Maksud Pertimbangan Profesional Pertimbangan profesional ialah pertimbangan yang dibuat menggunakan pengetahuan profesional terhadap kurikulum yang dihasratkan mencakupi pengetahuan, kemahiran, nilai, bukti pencapaian, strategi pengajaran, kaedah pentaksiran, serta kriteria dan standard yang ditetapkan. Pertimbangan profesional memerlukan guru membuat keputusan secara beretika dan bertanggungjawab mengenai tahap penguasaan murid, berdasarkan analisis dan rumusan maklumat terhadap pembelajaran.  Guru menggunakan pengetahuan, pengalaman, input murid dan mengamalkan tanggungjawab profesional dalam membuat pertimbangan profesional. Guru juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan tentang bidang atau disiplin ilmu, pedagogi serta pentaksiran melalui pembacaan dan perbincangan secara profesional dengan rakan pendidik lain untuk meningkatkan kompetensi dalam membuat pertimbangan profesional.  (a) Pengetahuan  Guru perlu berpengetahuan luas dalam mata pelajara

Instrumen Pentaksiran

Image
Dalam pelaksanaan PBD, terlebih dahulu guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid masing-masing berdasarkan objektif pembelajaran yang ditentukan dari Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Bab ini membincangkan contoh instrumen dari beberapa mata pelajaran, mengikut kaedah pentaksiran:  (i) Pemerhatian  (ii) Lisan  (iii) Penulisan  Pentaksiran menggunakan ketiga-tiga kaedah tersebut boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas tentang kebolehan dan tahap penguasaan murid. Kaedah Pentaksiran Secara Pemerhatian   Pemerhatian dilaksanakan sepanjang proses PdP. Instrumen pentaksiran yang boleh digunakan semasa membuat pemerhatian ialah seperti berikut: senarai semak, anekdot, atau rekod berterusan Kaedah Pentaksiran Secara Lisan Pentaksiran secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara  i. murid dengan guru,  ii. murid dengan murid, dan  iii. murid deng

Pentaksiran Untuk Pembelajaran; Pentaksiran Sebagai Pembelajaran; Pentaksiran Tentang Pembelajaran

Image
  Pentaksiran Untuk Pembelajaran  (Assessment For Learning) Pentaksiran untuk pembelajaran juga dirujuk sebagai pentaksiran formatif. Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses PdP. Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini boleh digunakan untuk merancang strategi atau langkah seterusnya dalam pengajaran ke arah meningkatkan pembelajaran murid dan tahap penguasaan mereka. Berdasarkan tujuan ini, pentaksiran ini juga dikenali sebagai pentaksiran diagnostik. Satu contoh pentaksiran untuk pembelajaran ialah aktiviti soal-jawab yang dijalankan oleh guru semasa sesuatu pengajaran dijalankan. Tujuan soal-jawab itu adalah untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan nilai murid. Maklumat yang diperoleh dari aktiviti soal-jawab itu membantu guru meneruskan PdP dan merancang pelaksanaan PdP seterusnya. Pentaksiran Sebagai Pembelajaran  (Assessment As Learning) Pentaksiran sebagai pembelajaran berlaku apabila murid membuat refleksi dan menilai perkemb

Strategi Penilaian (PBD)

Image
  Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai hujung tahun 2016. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Selain daripada Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.      Standard Kandungan (SK) ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran (SP) pula ialah suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pemb