Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

 Kenali KBAT...

Definisi:

"Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu." -  Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013)
 
 

Ciri-ciri Item KBAT

  • Stimulus
    • Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar rajah, graf) untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis
  • Pelbagai tahap / aras pemikiran
    •  Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberi impak yang lebih besar
  • Konteks yang baharu
    •  Konteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada murid. Bertujuan merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan semula apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah
  •  Situasi sebenar dalam kehidupan harian
    • Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin
  •  Item tidak berulang
    • Item pelbagai / berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks untuk mengujudkan situasi yang baharu
 

Comments

Popular posts from this blog

Instrumen Pentaksiran

Pentaksiran Untuk Pembelajaran; Pentaksiran Sebagai Pembelajaran; Pentaksiran Tentang Pembelajaran

JENIS - JENIS PENILAIAN ( UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF)