JENIS-JENIS PENILAIAN (UJIAN PENCAPAIAN)

UJIAN PENCAPAIAN

    Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujiaan pencapaian boleh dibuat dalam bentuk membuat perbandingan antara murid dalam suatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat sesuatu rujukan sesuatu aras sesuatu topik (rujukan kriteria ) dalam kurikulum. 

    Kebanyakan ujian penilaian dan penskoran adalah berasakan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek akademik, aptitud, sahsiah, minat dan sikap. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kemahiran, pengetahuan dan kebolehan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam bilik darjah.




Comments

Popular posts from this blog

Instrumen Pentaksiran

Pentaksiran Untuk Pembelajaran; Pentaksiran Sebagai Pembelajaran; Pentaksiran Tentang Pembelajaran

JENIS - JENIS PENILAIAN ( UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF)