JENIS JENIS PENILAIAN (UJIAN RUJUKAN NORMA)
UJIAN RUJUKAN NORMA💪
- 🌹Ujian rujukan norma bertujuan untuk membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar- pelajar yang lain.
- 🌹Membandingkan prestasi suatu kumpulan dengan kumpulan-kumpulan yang lain dengan menggunakan keputusan-keputusan ujian yang sama.
- 🌹Ujian rujukan norma yang baik dapat mendikriminasikan pelajar. Ia seharusnya boleh membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua pandai dan pelajar dan seterusnya.
- 🌹Ujian jenis ini mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan yang sederhana kesukarannya mempunyai kuasa dikriminasi yang lebih tinggi.
- 🌹Di peringkat sekolah, ujian rujukan norma biasanya dijalankan dalam peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.
- 🌹Markah-markah bagi matapelajaran yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di dalam kelas akan digunakan sebagai kriteria asas dalam membandingkan prestasi mereka di dalam kelas atau antara kelas lain.
- 🌹Ujian rujukan norma dalam peperiksaan awam pula adalah seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM yang melibatkan bilangan pelajar yang lebih ramai .Dalam ujian rujukan norma, soalan-soalan lazimnya digubal berlandaskan kepadasukatan pelajaran dalam sesuatu peringkat tertentu.
Comments
Post a Comment