Strategi Penilaian (PBD)
Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai hujung tahun 2016. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Selain daripada Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.
Standard Kandungan (SK) ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran (SP) pula ialah suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Manakala Standard Prestasi (SPi) pula ialah suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid.
Konsep PBD
PBD merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
Objektif PBD
PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.
Melalui PBD, guru dapat:
- mengesan pengetahuan sedia ada murid
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
- mengetahui keberkesanan PdP
- merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
- menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
- mengesan perkembangan diri
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
- meningkatkan pencapaian pembelajaran
- Pengetahuan
- Kemahiran berfikir
- Kemahiran berbahasa
- Kemahiran mengira
- Kemahiran belajar
- Kemahiran bersosial
- Kemahiran manipulatif
- Kemahiran amali
- Kemahiran kinestatik
- Kreativiti
- Kesihatan dan kecergasan
- Amalan nilai murni
- Sikap
Comments
Post a Comment