Posts

Showing posts with the label Pentaksiran Untuk Pembelajaran; Pentaksiran Sebagai Pembelajaran; Pentaksiran Tentang Pembelajaran

Pentaksiran Untuk Pembelajaran; Pentaksiran Sebagai Pembelajaran; Pentaksiran Tentang Pembelajaran

Image
  Pentaksiran Untuk Pembelajaran  (Assessment For Learning) Pentaksiran untuk pembelajaran juga dirujuk sebagai pentaksiran formatif. Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses PdP. Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini boleh digunakan untuk merancang strategi atau langkah seterusnya dalam pengajaran ke arah meningkatkan pembelajaran murid dan tahap penguasaan mereka. Berdasarkan tujuan ini, pentaksiran ini juga dikenali sebagai pentaksiran diagnostik. Satu contoh pentaksiran untuk pembelajaran ialah aktiviti soal-jawab yang dijalankan oleh guru semasa sesuatu pengajaran dijalankan. Tujuan soal-jawab itu adalah untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan nilai murid. Maklumat yang diperoleh dari aktiviti soal-jawab itu membantu guru meneruskan PdP dan merancang pelaksanaan PdP seterusnya. Pentaksiran Sebagai Pembelajaran  (Assessment As Learning) Pentaksiran sebagai pembelajaran berlaku apabila murid membuat refleksi dan m...