Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Pembinaan JSU
Bagaimanakah cara anda membina JSU? Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan untuk membina JSU:
Menulis Item Ujian
- Prinsip umum:
- Arahan ringkas dan mudah difahami.
- Bahasa mudah, ringkas, tetapi jelas untuk menerangkan maklumat yang dikehendaki dalam item.
- Item memerlukan jawapan berbentuk pengetahuan/kemahiran spesifik berkaitan tajuk spesifik, bukan pengetahuan/kepintaran umum.
- Item yang memerlukan jawapan kontra, arahan perlu jelas.
Menyemak Item Ujian
- Untuk memastikan prinsip umum menulis item dipatuhi.
- Memastikan bilangan item cukup dan seimbang dari segi kandungan dan objektif.
- Item tidak mengandungi petunjuk jawapan.
Menilai Item Ujian
- Penilaian oleh pakar mata pelajaran.
- Aspek yang dinilai:
- Arahan menjawab dan bahasa adalah mudah
- Kehendak item adalah jelas dan mengandungi maklumat yang diperlukan
- Item dibina mencukupi dan seimbang
- Jawapan yang diberi mengikut kehendak item dan dalam masa yang diperuntukkan
Melaksanakan Kajian Rintis
- Kajian awal mengenai kesesuaian item terhadap pelajar yang setara dengan pelajar sasaran
- kajian rintis tidak dilaksanakan untuk menjaga kerahsiaan sebelum ujian/peperiksaan dijalankan.
- Biasanya dilaksanakan sekiranya item-item yang dibina ingin dikumpulkan dalam bank soalan
Keperluan Melaksanakan Ujian Rintis
- Arahan menjawab dan bahasa difahami dan tiada kesilapan
- Kehendak item adalah jelas dan mengandungi maklumat yang diperlukan
- Tiada item terkeluar dari objektif
- Masa menjawab item sesuai
Pembinaan Item Objektif
- Item yang mempunyai respon/jawapan tepat/tertentu/spesifik.
- Item aneka pilihan
- Item betul/salah
- Item padanan
- Item pelengkap/lengkapan
Item Aneka Pilihan
- Mengukur pengetahuan dan konsep yang kompleks.
- Boleh dijawab dan disemak dengan cepat.
Comments
Post a Comment