Kesahan dan Kebolehpercayaan Penilaian
Apa itu Kesahan?
- Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur
- Terdapat 4 jenis kesahan:
- Kesahan Muka
- Boleh dilaksanakan semasa kajian rintis- meminta sampel melihat semua aspek tersebut.
- Disemak oleh sesiapa sahaja, tetapi lebih baik pakar bidang dan pakar Bahasa
- Contoh: Bahasa, ejaaan, kejelasan, format ujian, font tulisan
- Kesahan Kandungan
- Merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian merangkumi kandungan yang hendak dinilai
- MESTI dinilai oleh pakar
- Membina JSU
- Kesahan Konstruk
- Merujuk kepada sejauh mana sesuatu markat ujian mengukur atau mengambil kira konstruk tertentu
- Diperoleh berdasarkan kaedah saintifik dengan
menggunakan pelbagai prosedur statistik.
- Kesahan Kriteria
- Merujuk kepada takat dimana skor seseorang individu di atas sesuatu ujian membenarkan kita membuat inferen prestasi pelajar di atas pembolehubah kriteria
- Teknik korelasi biasanya digunakan untuk tujuan menentukan kesahan kriteria
Comments
Post a Comment