Instrumen Pentaksiran

Dalam pelaksanaan PBD, terlebih dahulu guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid masing-masing berdasarkan objektif pembelajaran yang ditentukan dari Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Bab ini membincangkan contoh instrumen dari beberapa mata pelajaran, mengikut kaedah pentaksiran: 

(i) Pemerhatian 

(ii) Lisan 

(iii) Penulisan 

Pentaksiran menggunakan ketiga-tiga kaedah tersebut boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas tentang kebolehan dan tahap penguasaan murid.

Kaedah Pentaksiran Secara Pemerhatian 

Pemerhatian dilaksanakan sepanjang proses PdP. Instrumen pentaksiran yang boleh digunakan semasa membuat pemerhatian ialah seperti berikut:

  • senarai semak,
  • anekdot, atau
  • rekod berterusan
Kaedah Pentaksiran Secara Lisan

Pentaksiran secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara 
i. murid dengan guru, 
ii. murid dengan murid, dan 
iii. murid dengan pembelajaran.

Kaedah Pentaksiran Secara Penulisan

Kaedah ini dilaksanakan untuk mengesan kebolehan murid dalam menguasai kemahiran dan perkembangan murid yang melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan murid dan juga pentaksiran kendiri. Pentaksiran kendiri boleh menggunakan rubrik, senarai semak, skala kadar atau bentuk-bentuk lain yang sesuai.

Antara contoh pentaksiran secara penulisan adalah lembaran kerja (soalan latihan).

Guru dapat mentaksir pencapaian murid melalui latihan yang dibuat oleh murid seperti contoh berikut:

Guru menyediakan lembaran latihan susun nombor untuk disusun dan diisi oleh murid.

Pentaksiran Rakan Sebaya

Antara contoh pentaksiran rakan sebaya yang boleh dilakukan:
  • Menyemak kerja murid lain selaras dengan kriteria tertentu, contohnya bertukar-tukar buku latihan, lembaran kerja atau kertas jawapan ujian dalam bilik darjah.
  • Perbincangan dalam kumpulan secara formal berdasarkan tugasan yang dilakukan dalam bilik darjah.
  • Memeriksa dan memberi skor contoh kerja terdahulu, contohnya mentaksir contoh kerja yang baik dan tidak baik serta dapat menyatakan sebab kerja tersebut baik atau tidak baik.
  • Perbincangan dan maklum balas secara formal dan tidak formal.
  • Kerja berkumpulan untuk menggalakkan komunikasi, kolaboratif, kerja berpasukan dan pentaksiran sesama murid. Contohnya pembelajaran berasaskan projek, sesi lakon peranan, sketsa atau lain-lain aktiviti berkumpulan. 
Guru boleh menyediakan senarai semak, skala kadar atau lain-lain instrumen yang sesuai semasa pentaksiran rakan sebaya. Instrumen yang digunakan ini bergantung kepada aktiviti pentaksiran yang dijalankan.

Simulasi / Main Peranan

Dalam aktiviti simulasi, murid akan mengambil bahagian menjadi watak dalam sesuatu situasi.
  • Tujuan simulasi dijalankan adalah untuk mengenalpasti pengetahuan pelajar dari sudut pandangan dan perspektif yang berbeza.
  • Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui simulasi adalah lakonan jual beli di dalam kelas.
 
Contoh Pelaksanaan Simulasi Di Dalam Kelas


Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Kaedah ini membolehkan murid mengkaji sesuatu topik yang diberi untuk menghasilkan sesuatu produk pada akhir pembelajaran.
  • Tugasan ini agak kompleks dan memerlukan murid menggunakan beberapa konsep dan kemahiran untuk menyelesaikan tugasan projek. 
  • Contoh topik yang boleh diaplikasikan dalam PBL adalah 3D geometri




Comments

Popular posts from this blog

Pentaksiran Untuk Pembelajaran; Pentaksiran Sebagai Pembelajaran; Pentaksiran Tentang Pembelajaran

JENIS - JENIS PENILAIAN ( UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF)