Posts

JENIS-JENIS PENILAIAN (UJIAN PENCAPAIAN)

Image
UJIAN PENCAPAIAN      Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujiaan pencapaian boleh dibuat dalam bentuk membuat perbandingan antara murid dalam suatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat sesuatu rujukan sesuatu aras sesuatu topik (rujukan kriteria ) dalam kurikulum.      Kebanyakan ujian penilaian dan penskoran adalah berasakan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek akademik, aptitud, sahsiah, minat dan sikap. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kemahiran, pengetahuan dan kebolehan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam bilik darjah.

JENIS - JENIS PENILAIAN ( UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF)

Image
Ujian Formatif Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas. Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek. Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.

JENIS JENIS PENILAIAN ( UJIAN RUJUKAN KRITERIA)

Image
  UJIAN RUJUKAN KRITERIA      Ujian rujukan kriteria adalah ujian untuk membandingkan pencapaian pelajar   dengan   kriteria  yang   telah   ditetapkan.   Ianya   tidak   melibatkanperbandingan antara calon. Ianya digunakan untuk menentukan pencapaian individu mengikut piawaian atau kriteria tertentu yang telah ditetapkan dalam sesuatu bidang dan kemahiran pembelajaran. Ujian   ini   dijalankan  selepas  sesuatu   kemahiran   telah   diajar   dan keputusannya digunakan untuk membandingkan kriteria yang telah ditetapkan sebelumnya.   

JENIS JENIS PENILAIAN (PERBEZAAN)

Image
 

JENIS JENIS PENILAIAN (UJIAN RUJUKAN NORMA)

 UJIAN RUJUKAN NORMA💪 🌹 Ujian rujukan norma bertujuan untuk membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar- pelajar yang lain. 🌹Membandingkan prestasi suatu kumpulan dengan kumpulan-kumpulan yang lain dengan menggunakan keputusan-keputusan ujian yang sama.  🌹Ujian rujukan norma yang baik dapat mendikriminasikan pelajar. Ia seharusnya boleh membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua pandai dan pelajar dan seterusnya. 🌹Ujian jenis ini mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan yang sederhana kesukarannya mempunyai kuasa dikriminasi yang lebih tinggi. 🌹Di peringkat sekolah, ujian rujukan norma biasanya dijalankan dalam peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.  🌹Markah-markah bagi matapelajaran yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di dalam kelas akan digunakan sebagai kriteria asas dalam membandingkan prestasi mereka di dalam kelas atau antara kelas lain.  🌹Ujian rujukan norma dalam peperiksaan awam pula

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Image
 Pembinaan JSU Bagaimanakah cara anda membina JSU? Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan untuk membina JSU: Menulis Item Ujian Prinsip umum: Arahan ringkas dan mudah difahami.  Bahasa mudah, ringkas, tetapi jelas untuk menerangkan maklumat yang dikehendaki dalam item.  Item memerlukan jawapan berbentuk pengetahuan/kemahiran spesifik berkaitan tajuk spesifik, bukan pengetahuan/kepintaran umum.   Item yang memerlukan jawapan kontra, arahan perlu jelas. Menyemak Item Ujian   Untuk memastikan prinsip umum menulis item dipatuhi.  Memastikan bilangan item cukup dan seimbang dari segi kandungan dan objektif.  Item tidak mengandungi petunjuk jawapan. Menilai Item Ujian  Penilaian oleh pakar mata pelajaran. Aspek yang dinilai:  Arahan menjawab dan bahasa adalah mudah  Kehendak item adalah jelas dan mengandungi maklumat yang diperlukan  Item dibina mencukupi dan seimbang  Jawapan yang diberi mengikut kehendak item dan dalam masa yang diperuntukkan  Melaksanakan Kajian Rintis    Kajian

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

 Kenali KBAT... Definisi: "Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu." -  Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013)     Ciri-ciri Item KBAT Stimulus Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar rajah, graf) untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis Pelbagai tahap / aras pemikiran  Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberi impak yang lebih besar Konteks yang baharu  Konteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada murid. Bertujuan merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan semula apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah  Situasi sebenar dalam kehidupan harian Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin  Item tidak berulang Item pelbagai / berbeza setiap tah